BERITA TERKINI

KENALI GURU PAI DAN j-QAF SKC

Monday, May 24, 2010

minhajul abidin muqaddimah 1

الحمد لله الملك الحكيم الجواد الكريم العزيز الرحيم الذي خلق الانسان في احسن تقويم و فطر السموات والارض بقدرته ودبر الامور بحكمته وما خلق الجن والاسان الا لعبادته. فالطريق اليه واضع للقاصدين والدليل عليه لائع لالناظرين ولكن الله يضل من يشاء ويهدي من يشاء وهو اعلم بالمهتدين. والصلاة على سيد المرسلين وعلى اله الابرار الطييبين الطهرين و سلم وعظم الى يوم الدين.
Segala puji bagi Allah Taala, yang penuh Hikmah, Pemurah, Mulia, Kuasa, Penyayang, Tuhan yang menjadikan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya, dan yang menciptakan langit dengan kudrat-Nya, mengatur segala urusan dengan hikmah-Nya, tiadalah dia menciptakan jin dan manusia untuk beribadah kepada-Nya.
Sesungguhnya jalan kepada-Nya telah pun jelas bagi sesiapa yang mempunyai sebarang maksud dan menghendakinya, begitu pula bukti atau dalil yangmenunjuk jalan kepada-Nyatelah pun terang bagi sesiapa yang berfikir, namun Allah jua yang menyesatkan sesiapa yang ditakdirkan sesat, dan Dialah pula yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya, kerana Dia Allah Taala lebih mengetahui kepada orang-orang yang mendapatkan hidayah.
Semoga selawat dan salam melimpah-ruah ke atas penghulu segala rasul beserta keluarganya yang baik-baik lagi suci, semoga Allah Taala menyelamatkan dan memuliakan mereka hingga hari pembalasan.
Wahai saudara-saudaraku semoga Allah Taala membahagiakan kita dengan keredhaan-Nya. Hendaklah dimaklumi bahawa ibadah itu adalah buah dari ilmu faedah dari umur, hasil usaha dari hamba Allah yang kuat-kuat, ianya merupakan barang yang sangat beharga dari para aulia, jalan yang ditempuh oleh mereka yang bertaqwa, bahagian untuk mereka yang mulia, tujuan dari orang-orang yang berhemah tinggi, syiar dari golongan yang terhormat, pekerjaan dari orang-orang yang berani, pilihan dari mereka yang berwaspada, dan ianya adalah jalan menuju syurga.

Saturday, August 15, 2009

Friday, July 24, 2009

INGATAN KASIH

LA ILAHA ILLALLAH...
KU BERSUJUD PADAMU DAN PASRAHKAN DIRI DI KEMARAANMU
KU BERLINDUNG PADAMU
PADA DOSA-DOSA DAN SETIAP KESALAHANKU
KAU JAGALAH..
LINDUNGILAH...
CINTAILAH AKU..
LA ILAHA ILLALLAH..
SETIAP DETIK KIAN BERLALU
MENGHITUNG DIRIKU BERTANYA PADAKU
AKANKAH SIA-SIA
BILA AKHIR WAKTU
DATANG MEMANGGILKU..
KAU JAGALAH..LINDUNGILAH...
SELAMATKAN AKU
LA ILAHA ILLALLAH..
ALLAH...ALLAH..
KAU JAGALAH....
LINDUNGILAH..... SELAMATKAN AKU